{"id":1823,"date":"2025-02-20T06:01:31","date_gmt":"2025-02-20T06:01:31","guid":{"rendered":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/?p=1823"},"modified":"2025-02-20T06:01:31","modified_gmt":"2025-02-20T06:01:31","slug":"akta-dikemuka-dap-gugat-hak-istimewa-melayu-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/2025\/02\/20\/akta-dikemuka-dap-gugat-hak-istimewa-melayu-islam\/","title":{"rendered":"Akta Dikemuka DAP Gugat Hak Istimewa Melayu-Islam"},"content":{"rendered":"\n<p>Perkembangan mengenai Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) dan Akta Antidiskriminasi Kaum jelas merupakan ancaman terhadap hak istimewa Melayu-Islam di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, kedua-dua akta itu berpotensi digunakan untuk menghakis kuasa, kedudukan istimewa dan hak yang dijamin kepada orang Melayu seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami ingin menegaskan bahawa usaha halus untuk mencabar keistimewaan orang Melayu melalui akta-akta seperti ini mesti dihentikan serta-merta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan sesekali cuba mencetuskan provokasi terhadap orang Melayu dengan dalih memperjuangkan kesamarataan yang hakikatnya boleh menggugat keseimbangan sosial dan kestabilan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDHPP ingin menegaskan bahawa hak Melayu-Islam tidak boleh digugat. URA tidak boleh dijadikan alat untuk memindahkan tanah milik orang Melayu atas nama pembangunan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBegitu juga, Akta Antidiskriminasi tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk merombak hak keistimewaan Melayu yang telah lama termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, akta-akta itu juga secara tidak langsung boleh menjejaskan kaum India yang merupakan salah satu kumpulan minoriti yang sering tertindas dalam pelbagai aspek sosioekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAkta ini bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah sebenar, malah berisiko memburukkan lagi keadaan bagi golongan yang sudah sedia mengalami ketidaksimbangan dalam peluang pekerjaan, pendidikan dan pemilikan ekonomi,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, beliau menyeru pihak kerajaan agar tidak tunduk kepada desakan pihak-pihak tertentu yang mahu menggugat kedudukan Melayu-Islam melalui akta-akta seperti ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita telah hidup dalam keamanan dan keharmonian sekian lama, maka jangan ada pihak yang cuba merosakkannya dengan memainkan sentimen perkauman secara halus,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perkembangan mengenai Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) dan Akta Antidiskriminasi Kaum jelas merupakan ancaman terhadap hak istimewa Melayu-Islam di negara ini. Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, kedua-dua akta itu berpotensi digunakan untuk menghakis kuasa, kedudukan istimewa dan hak yang dijamin kepada orang Melayu seperti termaktub di dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1824,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[28],"class_list":["post-1823","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1823","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1823"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1823\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1825,"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1823\/revisions\/1825"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1823"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1823"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/dhpp.my\/mal\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1823"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}