• June 26, 2025 10:43 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Mari Bersama PAS dan PERIKATAN NASIONAL

Dec 6, 2022

Ketika Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyatakan keputusan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memilih PERIKATAN NASIONAL (PN) sebagai sekutu menghadapi PRU-15, ramai pihak menyatakan kebimbangan dan mempertikai.

Katanya, kalau PAS bersama BERSATU dan tidak bersama UMNO, kuasa Melayu akan lebih berpecah.

Mungkin mereka lupa bahawa PAS sentiasa membuka pintu Penyatuan Ummah.

Tidak kira UMNO, PPBM, PKR, PEJUANG mahupun PAN, jika bersetuju dengan prinsip yang sama, silakan bersama kami.

Dan sehingga hari ini usaha penyatuan ummah ini tidak berhenti.

Cuma mungkin ramai yang masih gagal memahami prinsip PAS.

Kerjasama PAS dengan mana-mana parti sentiasa berpandukan prinsip.

Prinsip ini pula bukan sekadar atas nama kaum, tetapi atas tuntutan syarak.

Kerana itu juga PAS memilih bersama PN berbanding UMNO yang sedang keruh bak kata Tuan Guru.

Alhamdulillah hasilnya, PRU-15 menyaksikan PAS-PN kini menjadi pilihan utama pengundi Melayu.

Sokongan Melayu juga menjadi semakin berpusat, tidak lagi berpecah teruk seperti PRU-14.

Orang Melayu punya wadah baharu.

Kepada 44% pengundi UMNO dan PH yang berasa tertipu dan mulai ragu dengan perjuangan parti kalian, marilah bersama kami, kita kuatkan ikatan penyatuan ummah ini.

Tinggalkan mereka yang mementingkan peribadi.

Yakinlah hanya dengan penyatuan di atas prinsip yang sama, kita mampu menjadi kuat seterusnya mampu memimpin negara tercinta.

Khairul Faizi