• June 26, 2025 7:02 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Perikatan Nasional Utamakan Perpaduan Kaum

Nov 23, 2022

Parti Perikatan Nasional adalah merupakan sebuah gabungan politik yang berkongsi aspirasi negara untuk generasi akan datang serta memperjuangkan keutuhan perpaduan di antara semua kaum di Malaysia.

Perikatan Nasional mendokong aspirasi besar untuk terus memelihara perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama bagi mewujudkan kestabilan politik dan mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum yang bersatu padu di dalam sebuah negara majmuk.

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang merupakan sayap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berperanan untuk mendekati masyarakat bukan Melayu/Islam bagi memberikan kesedaran bahawa betapa pentingnya memperjuangkan perpaduan di antara semua kaum, sangat yakin bahawa Perikatan Nasional adalah merupakan platform yang terbaik untuk merealisasikan hasrat perpaduan ini.

Perikatan Nasional bukan sahaja memberi ruang kepada anggota DHPP untuk bertanding menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang lalu, malah kepada calon bukan Melayu/Islam dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk bertanding.

Ini membuktikan bahawa Perikatan Nasional bukanlah sebuah pakatan politik yang mementingkan kaum tertentu sahaja seperti yang cuba digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.

DHPP menggesa supaya semua pihak memainkan peranan untuk membina perpaduan, bukan mengambil peluang membina jurang dan akhirnya meruntuhkan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini.

Sekian.

YB SENATOR BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS