• June 26, 2025 7:01 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Lawatan Ke YADIM

Oct 12, 2022

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Dr. Balachandran Gopal Krishnan telah mengadakan lawatan ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – YADIM pada hari terakhir Kursus Pemahaman Islam anjuran Universiti Sains Islam Malaysia – USIM dengan kerjasama Global UNITY Network.

Pihak YADIM sangat teruja untuk mengadakan interaksi antara agama dalam gerak kerja dakwahnya.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah terdiri daripada pemimpin badan bukan kerajaan, wakil komuniti Kristian, umpamanya Sidang Injil Borneo, Buddha dan Hindu dalam program Lawatan Muhibah Peserta Kursus Islam 101 Non Muslim ke YADIM.

Dialog ringkas yang menyentuh mengenai keharmonian hubungan antara kaum diadakan bersama mereka dan pelatih Akademi Daie Muda YADIM dalam kunjungan ini.

Turut disentuh ialah bagaimana harapan masa depan negara ini daripada pandangan anak muda dan komuniti bukan Islam.

Terdahulu, YADIM sendiri juga telah mengadakan pertemuan dengan komuniti bukan Islam di negara ini seperti Hindu Sangam selain mengunjungi Uskup Kristian Katholik, Dato Bishop Sebastian Francis.

Program hari ini disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, wakil wakil komunti bukan Islam seperti Dr Balachandran Gopal Krishnan, Visalatchy Kalansieam, Thai Ming Yeow, Moses Lim, Colin Poobalan, Raja Kumar Tangavaloo serta Presiden Global Unity Network, Shah Kirit Kakulal Govindji.