• June 26, 2025 5:03 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Kerajaan Negeri Tidak Meminggirkan Mangsa Kebakaran

Sep 23, 2022

Ketua Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) Negeri Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krisnan telah bertungkus lumus berusaha membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mangsa kebakaran di Kampung Cina Kuala Terengganu.

Beliau telah beberapa kali turun melawat mangsa kebakaran termasuk mengiringi beberapa pemimpin negeri. Bermula pada hari pertama kebakaran Dr. Bala telah bersama-sama YB. Haji Hanafiah Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga telah turun ke Kampung Cina, Kuala Terengganu yang telah berlaku kebakaran malam tadi melibatkan 13 rumah kedai.

Mewakili kerajaan negeri, Haji Hanafiah telah bertemu dengan mangsa-mangsa yang terlibat.

Disamping itu Haji Hanaafiah telah menyampaikan sumbangan awal berbentuk wang tunai sebanyak RM1,000 setiap KIR turut diberikan.

Pada hari kedua Beliau telah mengiringi YAB Dato’ Seri Dr. Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu yang turut melawat mangsa.

Dr. Samsuri berkata, disamping sedikit sumbangan yang diberikan, Insya-Allah, bantuan-bantuan lain akan turut disalurkan melalui agensi-agensi terlibat setelah laporan terperinci selesai dijalankan.

Dr. Bala juga turut mengiringi YB Dato’ Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia yang telah bergegas pulang dari Putrajaya bagi melawat mangsa kebakaran.

Dalam pertemuan tadi, selain memberi kata-kata semangat kepada mangsa, YB Dato’ turut menyampaikan sumbangan kepada 17 orang mangsa, penyewa mahupun tuan rumah yang masing-masing menerima RM 1,500.00 setiap seorang.

Amzad juga turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang hadir memberi bantuan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa kebakaran dan akan memberi kerjasama sebaiknya kepada mana-mana pihak yang hendak membantu mangsa-mangsa kebakaran.