• April 1, 2026 6:03 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Kepimpinan Baharu PN: Permulaan Era Politik Hikmah dan Berintegriti

Feb 24, 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, satu lantikan yang amat signifikan dalam landskap politik negara ketika ini.

Rakyat Terengganu telah menyaksikan dan merasai sendiri kepimpinan yang berteraskan politik matang, prinsip yang jelas serta pentadbiran yang berintegriti.

Pendekatan yang menekankan kestabilan, ketelusan dan kebertanggungjawaban telah membina keyakinan rakyat terhadap model kepimpinan yang dibawa.

Kini, tiba masanya kepimpinan tersebut digerakkan ke tahap yang lebih tinggi, iaitu ke peringkat nasional.

Dengan pendekatan berasaskan politik hikmah, diyakini pelantikan ini merupakan permulaan kepada satu era baharu dalam politik Malaysia, politik yang lebih berwibawa, berhemah, inklusif serta berani melakukan perubahan secara tersusun dan bertanggungjawab.

Adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan bersama-sama menjayakan anjakan paradigma dalam politik tanah air, ke arah budaya politik yang lebih matang dan berorientasikan solusi.

Semoga YAB Dr. Sam terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan prinsip dalam memimpin negara ke arah politik yang lebih stabil, adil dan berpandangan jauh.

Inilah permulaan kepada perubahan yang dinantikan.

Dr Balachandran Gopal Krishnan
Ketua DHPP Terengganu