• April 1, 2026 6:27 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

๐——๐—ฒ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น๐—ถ, ๐—ฆ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—›๐—ฃ๐—ฃ & ๐—ก๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป

Oct 24, 2025

Di saat masyarakat India menyambut Deepavali dengan penuh makna, satu pertemuan kecil tetapi sarat erti berlangsung di sebuah restoran sederhana di Semenyih.

Tiada liputan media, tiada pentas ucapan rasmi.

Hanya tiga insan duduk semeja, berbicara dari hati ke hati tentang makna perjuangan, nilai keikhlasan dan erti sebenar sebuah penyatuan.

Pertemuan itu diatur oleh Poobalan, pegawai khas hal ehwal komuniti India.

โ€œYB free tak tengah hari nanti? Saya ada tetamu, Dr. Bala; saya nak belanja YB sekali. Kira Deepavali treat boleh?โ€ katanya bersahaja.

Namun, sesi yang pada asalnya sekadar jamuan Deepavali bertukar menjadi usrah kecil yang menyentuh jiwa.

Dua jam berlalu dalam suasana santai tetapi sarat dengan renungan dan kesedaran.

Dialog Antara Iman dan Keikhlasan

โ€œYa Allah,โ€ bisik hati penulis, โ€œbagaimana orang bukan Islam boleh begitu ikhlas ingin bersama gerakan Islam seperti PAS, sedangkan masih ada umat Islam sendiri yang ragu, takut atau termakan racun Islamofobia?โ€

Dr. Bala, seorang ahli akademik dan antara graduan Diploma Asas Tasawwur Islam ILHAM anjuran PAS, berbicara dengan nada yakin dan jujur.

โ€œUntuk masa depan negara dan bangsa India khususnya, saya lihat PAS satu-satunya parti yang ada prinsip dan takutkan Tuhan. Selagi pemimpin tidak kenal Tuhan, naiklah siapa pun, tetap bahaya.โ€ kata Dr. Bala.

Kata-katanya membuat suasana menjadi hening seketika.

Poobalan yang mendengar turut mengangguk perlahan, seolah menyetujui bahawa kejujuran dan ketakutan kepada Tuhan ialah asas kepimpinan yang sebenar.

Menghapus Stereotaip, Meneguhkan Persefahaman

Perbualan mereka kemudian menyentuh isu Islamofobia, tentang bagaimana Islam sering difitnah dan gerakan Islam seperti PAS sering disalaherti.

Dr. Bala menjelaskan, terlalu banyak tohmahan dilemparkan, namun tidak ramai yang berani tampil mempertahankan Islam secara jujur.

โ€œBila saya lihat ahli PAS bekerja untuk masyarakat, bantu orang susah tanpa kira agama, saya tahu perjuangan mereka ikhlas,โ€ ujarnya.

Malah, dalam sembang santai itu, topik arak dan judi turut disentuh.

Dr. Bala membuka teks suci Tamil dari telefon bimbitnya dan menunjukkan bahawa larangan terhadap minuman keras juga termaktub dalam ajaran Hindu.

โ€œSebenarnya larangan minum arak ni semua ada dalam agama kami juga,โ€ katanya sambil tersenyum.

โ€œCuma cara kita jelaskan tu berbeza.โ€

Pegawai khas kaum India itu tersenyum malu sambil mengaku sesekali masih โ€˜meraikan kawanโ€™ dengan minuman ringan beralkohol, namun Dr. Bala menegurnya dengan penuh hikmah.

Dari situ, perbualan bertukar menjadi perbincangan tentang nafs, hikmah dan hakikat kebenaran yang menuntun manusia mengenal Penciptanya.

Politik: Jalan Menyelamat, Bukan Tangga Kuasa

Di hujung perbualan, Dr. Bala melontarkan satu persoalan yang menyentuh hati semua yang hadir:

โ€œKenapa ya, ramai orang bila masuk politik mesti nak jadi calon?

Sedangkan kita sepatutnya berjuang untuk selamatkan orang, selamatkan bangsa, selamatkan negara.โ€

Kalimat itu bagai menampar kesedaran, bahawa perjuangan bukan tentang jawatan, tetapi tentang amanah dan tanggungjawab.

Perpaduan Melangkaui Batas Agama

Petang itu, penulis pulang dengan hati yang sarat rasa hormat.

Dalam dunia yang semakin diwarnai kebencian dan perbezaan tajam, pertemuan kecil itu membuktikan bahawa masih ada ruang untuk berbicara dengan hati terbuka.

Dari segelas minuman dan dua jam perbualan, satu hakikat terungkap, perjuangan tidak selalu bermula dengan persamaan pegangan, tetapi dengan kesediaan mencari titik jujur antara kita.

Nilai inilah yang menjadikan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) unik, sayap yang mempertemukan bukan Islam dengan perjuangan Islam yang berpaksikan keadilan, amanah dan kasih sayang sejagat.

Sesungguhnya, inilah perjuangan yang menyatukan, bukan kerana bangsa atau agama, tetapi kerana sama-sama ingin melihat negara ini dipimpin oleh mereka yang takut berbuat salah terhadap Tuhan dan sesama manusia.