Dr. Balacandran Gopal Krishnan, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP) menyeru agar seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Johor khususnya tanpa mengira kaum memilih calon Perikatan Nasional demi untuk keharmonian semua.
Beliau memberi kata-kata semangat tersebut dalam satu majlis ceramah memperkenalkan calon Perikatan Nasional N30 DUN PALOH, saudara Selvendran A/L Velu di Kampung Muhibbah.
Beliau menegaskan bahawa rakyat peru memilih seorang pemimpin yang menekankan oal kebaikan dan kebajikan rakyat.
PAS yang berada di bawah gabungan Perikatan Nasional wajib menunjukkan apa yang dinamakan Minda Budaya Kepelbagaian.
“Kita perlu menghormati-menghormati kebudayaan dan adab resam antara satu sama lain.”
Menurut beliau lagi keharmonian antara kaum untuk mencapai kejayaan di negara ini.
Oleh itu beliau menyeru agar semua masyarakat Melayu, India dan Cina agar memilih calon dari Perikatan Nasional untuk mencapai cita-cita mewujudkan keharmonian antara kaum di negara ini.