• April 1, 2026 3:09 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Belanjawan 2025: Melakar Halatuju Negara dalam Ekonomi yang Tidak Menentu di Tengah Ketegangan Timur Tengah

Oct 14, 2024

Belanjawan 2025 akan melakarkan hala tuju negara dalam ekonomi yang tidak menentu menyebabkan ketegangan di Timur Tengah

Tahun 2025 akan menjadi satu tahun yang mencabar bagi seluruh dunia. Dengan ketegangan di Timur Tengah semakin meningkat tokoh-tokoh politik dan korporat dunia amat risau dengan perkembangan di sana. Walaupun ringgit kita semakin mengukuh, negara kita tidak terkecuali daripada impak yang akan dihadapi oleh negara Barat. โ€˜When western sneezes, the world catches coldโ€™.

Negara kita banyak gantung kepada pelaburan daripada negara luar. Pada tahun 2024, Malaysia telah menarik pelaburan RM160billion dalam sektor pembuatan dan servis. Ini adalah peningkatan sebanyak 18 peratus. Pelaburan asing langsung pula merangkumi 46.6peratus atau sebanyak RM74.6billion.

Kita dapat pelaburan tersebut kerana kita mempunyai ekonomi yang stabil, infrastruktur yang berkualiti tinggi, pekerja berkemahiran dan lokasi yang strategik. Satu lagi perkara yang memainkan peranan yang penting adalah kita mengambil posisi neutral dalam isu geopolitik yang semakin hari semakin panas.

Tahun 2025 akan menjadi satu tahun yang mencabar untuk negara kita. Dengan serangan Iran terhadap Isreal peperangan ini sudah ke tahap seterusnya. Setiap negara akan mula memilih pihak mana akan disokong. Negara seperti Malaysia dan India yang tidak mengambil satu pendirian lagi akan diberikan tekanan yang kuat dari pihak barat.

Kita hanya ada dua pilihan. Emosi atau negara. Kalau kita menuju ke arah emosi kita akan dihukum oleh negara -negara barat dengan menarik semula pelaburan daripada negara kita dan impaknya besar manakala kalau kita memilih negara implikasi negatif dari segi moral tapi dari segi ekonomi kita dapat menggunakkan peluang ini untuk merancakkan ekonomi dan mencapai sasaran dengan lebih cepat daripada dirancang. Ini merupakan golden era untuk negara seperti Malaysia. Pilihan yang sukar akan dilalui oleh PMX. Adakah beliau akan meletakkan agenda negara atas kepada agenda politik dan naratif atau sebaliknya. Kita harus tunggu dan lihat.

Oleh sebab faktor ini, Belanjawan 2025 sangat penting bagi kita. Kerajaan Madani haruslah menyediakan belanjawan perlindungan bagi menghadapi rebut yang bakal tercetus di Timur Tengah pada tahun 2025. Jangkaan oleh pakar-pakar di luar sana, kebanyakan projek pembinaan akan dikurangkan kerana kuasa pembelian dalam skala besar akan berkurang. Kos sara hidup akan meningkat kerana harga minyak di pasaran global disasarkan akan meningkat lagi tinggi.

Belanjawan kali ini haruslah memberi tekanan lebih kepada cara meningkatkan kuasa pembelian rakyat. Dengan ura-ura subsidi petrol akan turut ditarik balik. Kerajaan Madani haruslah bentangkan mekanisme yang tidak bebankan rakyat pada masa yang sama meningkatkan kuasa pembelian rakyat. Kita perlukan pelan tindakan jangka masa pendek yang efektif dan berjiwa rakyat buat masa ini. Bagi ekonomi pula kita harapkan beri lebih penekanan kepada ekonomi mikro kerana ia tidak akan memberi kesan yang tinggi seperti makro yang mana kita bergantung kepada negara luar dan pelaburan besar.

Hanya beberapa hari lagi tinggal kita tunggu dan lihat apa yang akan dibentangkan oleh PMX dan kita akan kupas lebih mendalam selepas Belanjawan di bentangkan.

๐—ง๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐˜€ ๐—ฆ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป

๐—”๐—๐—ž ๐——๐—›๐—ฃ๐—ฃ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง