• June 26, 2025 6:59 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Retreat DHPP

Jan 21, 2024

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat telah mengadakan retreat DHPP Pusat di Hotel Sumai, Kuala Terengganu.

Program tersebut yang dinamakan Pemukiman Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Program yang berlansung selama 2 hari itu telah dihadiri oleh sekitar 60 orang anggota DHPP dari seluruh negara.

Menurut Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr. Balachandran Gopal Krishnan tujuan program tersebut adalah untuk memantapkan serta menonjol DHPP sebagai sebuah organisasi untuk menjaga kepentingan dan hal ehwal bukan Islam di bawah naungan PAS.

Disamping itu, program tersebut juga adalah untuk memperkasakan ahli DHPP agar memahami tujuan dan dasar perjuangan PAS serta memainkan peranan dalam media sosial.

Tujuan program itu juga adalah untuk menggariskan strategi untuk memenuhi hasrat yang disasarkan serta mendapat keyakinan pengundi bukan Islam agar menyokong dan mengundi PAS dan Perikatan Nasional.

“Dalam ucapan perasmian, Y.A.B. Menteri Besar Terengganu telah mengingatkan semua peserta mengenai pesanan yang pernah disampaikan oleh Dato’ Seri Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dalam satu ucapan beliau bahawa PAS mesti menjadi sebuah parti yang tidak hanya disokong oleh orang Melayu-Islam sahaja, tetapi juga didukung oleh pelbagai kelompok masyarakat majmuk dalam negara ini.

Oleh itu, beliau yakin dengan keberadaan barisan DHPP ini akan mampu menarik sokongan dan membuka mata non-Muslim bahawa PAS bukan hanya untuk orang Islam sahaja, malah untuk semua.

“Mereka sendiri memilih untuk bersama dalam perjuangan PAS dan berbangga menjadi sebahagian daripada entiti untuk mengembangkan PAS, terutamanya dalam menarik sokongan daripada rakyat pelbagai kaum dan agama di negara kita,” kata Dr. Samsuri.”