Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menyambut baik usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam merangka garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.
Kami mengucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, serta JAKIM atas langkah proaktif dalam membendung ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia.
lnisiatif ini mencerminkan keprihatinan terhadap keharmonian masyarakat majmuk.
Garis panduan ini berfungsi sebagai nasihat dan rujukan kepada orang Islam apabila menghadiri perayaan atau upacara agama lain.
la penting bagi memastikan semua pihak memahami apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam konteks menjaga sensitiviti agama tanpa menghalang kebebasan beragama.
Pada masa yang sama, masyarakat bukan Islam tidak perlu gusar kerana segala perkara berkaitan garis panduan ini turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMON I), yang dianggotai oleh 24 ahli daripada pelbagai agama.
lni membuktikan bahawa pandangan semua pihak diambil kira dalam membentuk garis panduan yang adil dan seimbang.
Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan agama, dan inilah
yang menjadikan kita unik.
Prinsip “unity in diversity” atau perpaduan dalam kepelbagaian perlu sentiasa menjadi asas dalam membina hubungan antara kaum dan agama.
Perbezaan tidak seharusnya menjadi tembok pemisah, sebaliknya ia harus diraikan dengan sikap saling
menghormati dan memahami.
Keupayaan kita untuk hidup bersama dalam suasana aman dan harmoni adalah kekuatan yang perlu dipelihara demi kestabilan dan kemajuan negara.
DHPP juga ingin mengingatkan bahawa sebarang isu yang melibatkan agama, kaum, dan institusi diraja (3R) perlu ditangani dengan penuh berhati-hati o!eh kerajaan.
Sensitiviti terhadap perkara ini amat penting agar ia tidak disalah tafsir atau dimanipulasi sehingga menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
Keamanan dan keharmonian negara harus menjadi keutamaan dalam setiap dasar dan tindakan yang diambil.
Dr Balachandran Gopal Krishnan
Ketua Penerangan DHPP Pusat
