• June 26, 2025 12:39 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Deepavali Bersama DHPP: Keakraban dan Kesederhanaan Pemimpin PAS Disambut Mesra

Nov 5, 2024

Rumah Terbuka Deepavali anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada Jumaat lepas berjaya berlangsung dalam suasana harmoni dan mesra, menonjolkan nilai-nilai kesederhanaan dan keterbukaan PAS.

Majlis itu mendapat perhatian ramai apabila Tuan Yang Dipertua PAS Hulu Langat dan Ahli Dewan Negeri (ADN) N24 Semenyih, YB Ustaz Nushi Mahfodz, sudi hadir bagi memeriahkan majlis serta bertemu rakyat berbilang kaum dan agama.

Kehadiran dua pemimpin ini disambut dengan rasa terharu oleh ahli-ahli DHPP dan penduduk setempat, yang melihatnya sebagai simbol kesatuan dan kerjasama.

Menurut isteri Ketua Pemuda DHPP Selangor, beliau menyatakan rasa bangga terhadap parti PAS yang menzahirkan semangat keterbukaan melalui wakil-wakilnya.

“Tahun ini memang special, syukur YB sudi beraya bersama kita,” ujarnya, mengimbau kemeriahan dan sambutan yang diraikan dalam semangat persaudaraan sejati.

Selain itu, kehadiran YDP PAS Hulu Langat memperlihatkan sikap rendah hati seorang pemimpin yang menyantuni rakyat dalam suasana santai.

“Uncle YDP pun relak jer,” katanya lagi, menggambarkan suasana mesra dan harmoni yang dirasai oleh para tetamu.

Menurut Ketua Pemuda DHPP Selangor, kesederhanaan adalah prinsip utama yang dipegang oleh PAS dan pemimpinnya, dan inilah yang mendekatkan mereka dengan rakyat.

“Kesederhanaan adalah kunci kepada kejayaan kami,” jelas beliau, menzahirkan rasa syukur terhadap nilai-nilai yang ditunjukkan oleh PAS melalui acara seperti Rumah Terbuka Deepavali ini.

Acara ini sekali lagi membuktikan bahawa PAS bukan sahaja menghormati perayaan kaum lain tetapi juga berusaha memperkukuhkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Artikel Berkaitan