• June 26, 2025 4:25 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

4 Tapak Wat Siam Baru Diwartakan Kerajaan Kelantan

Oct 14, 2024

Pewartaan Wat Pathumviharn di Kampung Balai, bersama tiga wat lagi, sebagai tapak kebudayaan dan kemasyarakatan bagi komuniti Siam menjadikan jumlah keseluruhan wat Siam yang diwartakan di Kelantan sebanyak 16, sejak inisiatif ini diperkenalkan pada tahun 2017.

Pengerusi Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA), Lim Guan Seng, menegaskan bahawa pewartaan ini memudahkan pengurusan aktiviti kebudayaan dan urusan ibadat di kawasan berkenaan.

Ini adalah bukti jelas komitmen kerajaan negeri Kelantan dalam memastikan hak semua masyarakat, termasuk komuniti Siam, terus terpelihara.

Kami percaya bahawa langkah ini bukan sahaja memudahkan urusan keagamaan, tetapi juga menjadi simbol perpaduan antara kaum di Kelantan. Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan komuniti Siam ini mencerminkan prinsip kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menekankan kepentingan memupuk kefahaman serta penghargaan terhadap kepelbagaian budaya di negara ini.

Usaha ini secara langsung mengeratkan hubungan antara etnik dan budaya, sambil menangkis fitnah bahawa PAS adalah parti ekstrem, seperti yang disebarkan oleh pihak-pihak berkepentingan yang cuba menabur benih kebencian.

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri Serambi Mekah tidak meminggirkan mana-mana kaum.

Marilah kita menggunakan peluang ini untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan memastikan setiap identiti budaya di Malaysia terus berkembang. Bersama-sama, kita boleh membina masyarakat yang lebih harmoni yang menghargai dan menghormati sumbangan setiap kumpulan etnik dan agama.

Dr. Balachandran Gopal Krishnan

Ketua Penerangan, DHPP Pusat.