PM8 – TS Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ketika keadaan negara yang sangat mencabar – kerana kita berdepan dengan tiga krisis besar serentak – yakni Krisis Kesihatan, Krisis Ekonomi dan Krisis Politik.
Majoriti negara besar dan negara maju di seluruh dunia dihentam teruk oleh pandemik Covid19 yang mengorbankan jutaan manusia.
Namun atas sikap tegas kepimpinan PM8 melaksanakan perintah berkurung PKP1.0, PKP2.0 dan PKP3.0 – membolehkan kita mengekang penularan wabak tersebut.
Namun PKP yang lama itu pastinya mengoyakkan ekonomi negara dan ekonomi rakyat.
Pastinya rakyat akan mengamuk dan marah kerana tidak dapat mencari nafkah, tidak dapat cari makan.
Jika rakyat marah dan mengamuk – rakyat akan langgar segala perintah berkurung.
Rakyat akan memberontak.
Bahkan sesiapa pun akan bangkit memberontak.
Jika rakyat memberontak keluar ke jalan-jalan raya – pastilah negara kita akan menyertai perlumbaan jumlah kematian yang sangat besar akibat Covid19.
Maka kerajaan PM8 menyalurkan peruntukan berbilion-bilion untuk bantu rakyat yang terdesak akibat pandemik dan PKP – berupa bantuan segera bakul-bakul makanan, bantuan wang ringgit, bantuan GKP untuk usahawan dan peniaga-peniaga kecil – bagi membolehkan rakyat bertahan ketika Covid19 sedang membunuh umat manusia di seluruh dunia – sebelum vaksin ditemui.
PKP bukan sahaja membantu pihak hospital melambatkan kadar pertambahan pesakit Covid19, bahkan membantu meredakan kekalutan politik orang-orang yang marah dan kecewa kerajaan 22 bulan mereka runtuh tergolek dog.
PKP juga memberi impak besar kepada ekonomi negara.
PKP tidak boleh terlalu lama, kerana jika ekonomi negara runtuh sepenuhnya, rakyat akan menderita walaupun setelah pandemik berlalu.
Bahkan mungkin paling cepat mengambil masa 10-20 tahun untuk kembali pulih.
Sebab itu, ekonomi negara juga mesti dijaga dalam keadaan PKP.
Maka terdapat juga sektor-sektor ekonomi dibuka secara berperingkat – supaya ekonomi tidak runtuh sepenuhnya.
Ia adalah kerja tarik tali antara kesihatan, ekonomi dan politik.
Antara ekonomi, kesihatan dan politik, PM8 beranggapan politik boleh disisihkan seketika untuk memberi fokus kepada timbangtara antara kesihatan dan politik.
Pembolehubah politik dibiarkan malar supaya tidak menggangu fokus kepada dua pemboleh ubah yang sukar untuk dimalarkan.
Dengan itu, sidang parlimen ditangguh lama – menyebabkan pembangkang waktu itu marah dan mengamuk.
PM8 beranggapan, biarlah mereka mengamuk asalkan rakyat selamat.
Bayangkan jika PMX mengendalikan krisis pandemik covid19 waktu itu dengan style yang kita nampak sekarang ini dengan tatakelola sembangnya… apa mungkin kita akan ada PKP yang tegas – jika menteri formula tidak pandang isu kesihatan melainkan formula untuk ekonomi sahaja, mungkin.
Apa akan jadi kepada penularan Covid19?
Jika PMX mempeketatkan PKP, ekonomi rakyat akan terjejas – apakah akan ada bantuan-bantuan berbilion dicurah kepada rakyat?
Bagaimana ekonomi negara dan sektor-sektor besar ekonomi yang merosot – apakah dasar tidak mahu bantu syarikat besar akan menyebabkan syarikat-syarikat besar lingkup…dan sebagainya.
Sesungguhnya negara kita belum ada rekod sejarah mengenai tatacara dan tatakelola untuk negara hadapi pandemik sebesar itu.
Segala yang dibuat ketika zaman PM8 adalah tatakelola printis dan dibuat dengan gabungan idea, ilmu, pengalaman, teori dan sebagainya dari pelbagai pakar ekonomi, agama, medical, psikologi, sosial dan pelbagai pakar lagi.
PM8 tidak buat keputusan seorang diri, tetapi hari ini beliau ditohmah oleh walanon dan pentaksub PMX sebagai PM yang menyebabkan ekonomi kita melingkup kerana kasi buat PKP terpanjang dan tak mahu buka parlimen ketika pandemik.
Saya bukan penyokong TS Muhyiddin PM8 – malahan saya rasa ‘geli’ nak panggil beliau ‘Abah’.
Panggil Tan Sri sudah cukup.
Tetapi serangan walanon sangat buruk dan hodoh itu terhadap beliau mesti dibongkarkan juga.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa