Hari ini, 7hb. Mac 2023, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Terengganu telah mengadakan beberapa aktiviti.
Antaranya ialah menerima kunjungan dari team media Parti Gerakan ke pejabat DHPP.
Dalam pertemuan tersebut kami berjaya merungkaikan serta memberi penerangan mengenai isu-isu yang melibatkan Non Muslim serta mempertahankan polisi kerajaan untuk memastikan semua dilakukan berdasarkan suasana persekitaraan, demograpi serta memastikan akidah Islam tidak dikompromikan dan dalam masa yang sama menjaga hak bukan Islam.
Majlis tersebut telah diketuai oleh Dr. Balachandran, Ketua DHPP negeri Terengganu dan juga Saudara Alex Chan, Ketua Pemuda DHPP Terengganu.



Program selanjutnya ialah mengunjungi Kampung Tiong bersama Ketua Pemuda DHPP, Alex Chan.
Dalam kunjungan tersebut DHPP telah menerima borang permohonan menjadi ahli dari penduduk setempat.
Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada DHPP dan PAS.

