• May 24, 2026 4:56 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Masyarakat Bukan Islam Terima PAS

Feb 2, 2023

Seramai 30 orang kaum Cina mendaftar sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Walaupun tak ramai, tapi mereka ihklas bersama kita dalam perjuangan dan sangat setuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh PAS (PAS FOR ALL),

Mereka telah beramai-ramai ke pejabat Yang Berhormat Ustaz Wan Sukkairi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri.

Turut Hadir Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri.

Selain itu, turut hadir dalam majlis tersebut Dr. Balachandran, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Terengganu dan juga Encik Alex Chan Foo Yew.

Ustaz Wan Sukairi turut berpesan kepada semua ahli baru termasuk ahli lama agar sentiasa Istiqamah dalam perjuangan ini,

Mereka juga turut dinasihati agar mempersiapkan kekuatan mental agar tidak sesekali mengalah dan apa yang lebih penting lagi ialah memahami apa itu perjungan PAS.

Selamat berjuang buat semua.