Ini yang membezakan seorang calon dan Ahli Pas yang mengambil kira perhitungan dosa dan pahala.
‘Taking credits at our expense’ memang menjadi budaya BN.
Budaya yang diangkat oleh pimpinan mereka, budaya tak tahu malu setelah melakukan kesalahan yang bermula dengan slogan ‘Apa malu boss ku’.
MCA khususnya kena belajar dari DHPP bagaimana kita menyelesaikan masalah-masalah yang kecil seperti menjaga kebersihan, mencantas pokok dan menyelaraskan pembersihan longkang sumbat dengan sentuhan kasih sayang.
Semua ini disarankan dan dibantu oleh YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Datuk Amzad juga telah menyelaraskan geran untuk penambaikan bumbung kuil Hindu di Jalan Cherung Lanjut setelah berhubung dengan Menteri Perpaduan Negara.
Datuk Amzad tak pernah mungkir janji.
Semua janji beliau ditunaikan, kadang kala dengan duit beliau sendiri.
Itulah calon yang wajib dipilih untuk mewakili warga Kuala Terengganu.
Datuk Amzad for Parliament Kuala Terengganu.
Calon dari rakyat untuk Rakyat.
