• June 26, 2025 3:00 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Bersama Akademi DAIE YADIM, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – YADIM Melawat Kuil Thirumurugan

Oct 6, 2022

Pagi semalam Ketua Penerang Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat, Dr. Balachandran bersama Akademi DAIE Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – YADIM telah mengadakan lawatan ke Kuil Thirumurugan di perkarangan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Program lawatan ini adalah bertujuan untuk memahami cara hidup agama Hindu dan peranan kuil dalam mewujudkan insan yang mulia.

Program ini adalah anjuran bersama Global UNITY Network dan YADIM dengan kerjasama Jawatankuasa Kuil berkenaan.

Satu Forum Harmoni bertajuk ‘Mewujudkan Keharmonian Dalam Masyarakat Berbilang Kaum Dari Perspektif Agama’ juga telah diadakan.

Semoga program seperti ini dapat membina sebuah masyarakat yang adil, inklusif dan bersatu padu dalam mewujudkan Keluarga Malaysia dalam erti kata yang sebenar.