• June 26, 2025 12:42 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Hilangnya Seorang Sahabat

Jul 20, 2022

Rindu yang tiada ubat adalah rindu kepada orang yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.

Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang beriman

Semasa menziarah kubur arwah, semua kenangan lama bermain difikiran.

Masih tidak percaya arwah sudah tiada.

Seorang kawan baik yang ada bersama pada waktu susah senang, dan sentiasa menemani saya ke mana-mana.

Pagi tadi melawat keluarga arwah, tabah dan kuat sungguh mereka menerima pemergian Abi dengan hati yang redha.

Saya terasa sangat sunyi apabila hilang sahabat yang sentiasa ada bersama.

Masih belum dapat menerima kenyataan dan masih belum kuat untuk melepaskan arwah kerana sangat rindu.

Ini memang kehilangan yang amat sukar dan persahabatan ini tidak akan ada ganti

Dr. Balachandran
Ketua Penerangan DHPP Pusat