Pada 27hb. Mac 2022 Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendokong PAS Pusat, Dr. Balachandran telah dijemput sebagai salah seorang panel dalam program MOSQUE OPEN DAY.
Majlis tersebut adalah anjuran bersama JAIPs, Belia Masjid Perlis dan Pihak Masjid Arau yang telah diadakan di Masjid Negeri, Arau, Perlis.
Mosque Open Day buat pertama kali diadakan tahun ini dengan beberapa aktiviti dan program antaranya ialah Dialog Harmoni, Mosque Tour Guide, Pertandingan Mewarna dan pelbagai jenis makanan setiap bangsa.
Program bermula pada jam 9 pagi sehingga 12:30 tengahri.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.





