Bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Dewan Perhimpunan Pendukng PAS Terengganu telah mengadakan sambutan bersama Warga Penjaja Kampung Tiong, Kuala Terengganu.
Majlis dihadiri oleh Dr. Balachandran, ketua penerangan DHPP Pusat.
Disamping itu turut diadakan perbincangan dengan Pengerusi dan AJK Persatuan Hokkien Terengganu. Dalam perbincangan tersebut turut membincangkan mengenai menyelaraskan pembersihan Jirat Cina di Jalan Pusara, Kuala Terengganu.



DHPP ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang telah membantu menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi dengan segera
Selain itu DHPP turut mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Rumah Mayat di Kampung Tiong setelah di buat penambahbaikan.

Selain itu DHPP turut menyampaikan sumbangan dari Kementerian Perpaduan Negara yang disampaikan melalui Exco Perpaduan Nasional, YB Tuan Haji Hanafiah.
DHPP juga turut memantau kerja-kerja pembinaan pagar Kawasan Tokong Kuan Tee Than, Kampung Tiong.
Kos pemasangan pagar tersebut juga merupakan sumbangan dari Kementerian Perpaduan Negara yang disampaikan melalui Exco Perpaduan Nasional YB Tuan Haji Hanafiah


Program terakhir DHPP adalah mengadakan perjumpaan dengan Paderi Katholik yang baru bagi Gereja Katholik Terengganu. Rev Father D. Mathews.
