• May 6, 2025 3:16 am

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Rayuan Terbuka Kepada Bangsa Johor

Mar 1, 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor wajib membawa perubahan yang bakal akan menentukan pembentukan Bangsa Malaysia yang terdiri dari keturunan Melayu, Cina, India dan lain lain untuk mewujudkan masyarakat yang adil, inklusif dan bersatu padu dalam pimpinan Islam yang syumul, di mana semua diberi ruang untuk berkembang maju.

Keturunan Melayu yang merupakan rakyat majoriti dalam keluarga Malaysia wajib bersatu dalam Islam untuk memimpin perpaduan dengan pendekatan kasih sayang supaya keturunan yang lain menyokong inisiatif ini untuk mewujudkan rakyat dan pemimpin yang mengambil kira perhitungan dosa dan pahala agar kebaikan, keharmonian, kemenangan dan kedamaian akan terserlah dan Bangsa Malaysia ini akan dihormati dan disegani dunia.

Perikatan Nasional (PN) wajib menjadi ‘role model’ dalam mewujudkan Keluarga Malaysia yang diberkati dan diredhai Yang Maha Esa untuk kita semua menikmati suasana syurga di bumi Malaysia di mana ia menjadi sebuah taman bunga yang cantik dan indah dengan kepelbagaian yang kita sangat menyanyangi.

Perikatan Nasional harus membentuk persada politik di mana agama memandu rakyat dalam membentuk modal insan yang belajar menyesuaikan diri dalam keadaan yang kurang selesa dan menyempurnakan suasana yang kurang sempurna demi kebahagiaan semua.

Perikatan Nasional Pemangkin Minda Budaya Kepelbagaian dalam mendukung persepakatan kaum dalam Keluarga Malaysia.

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) amat yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS untuk membawa perpaduan yang sejati dalam membentuk Keluarga Malaysia dalam erti kata yang sebenar.

PN harus menonjolkan pendekatan ini dalam persaingan PRN Johor yang sedang berlangsung sekarang.

Dr Balachandran Gopal Krishnan
Ketua Penerangan DHPP Pusat