• June 26, 2025 12:49 pm

DHPP

Dewan Himpunan Pendukung PAS

Pertemuan Dengan Pengerusi Baru Dewan Himpunan Tionghua

Feb 10, 2022

Pagi semalam Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, merangkap Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Baru Dewan Himpunan Tionghua Terengganu, Encik Ong Thian Chin.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah barisan pimpinan beliau.

Kami berbincang tentang kerjasama dua hala dalam menceriakan tapak-tapak bersejarah di Kampung Cina serta mencadangan penambahbaikan infrastruktur Kampung Tiong dengan kerjasama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim.

Turut bersama Encik Alex Chan, Ketua Pemuda DHPP Terengganu merangkap Pegawai Hal Ehwal Bukan Islam Parlimen Kuala Terengganu.