Petang semalam YB Hj. Khuz, Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Kota Putera, menyambut Tahun Baru Cina bersama warga Tionghua dan Siam di Dewan Orang Ramai Kampung Keluang, Kota Putera.
Majlis dihadiri oleh masyarakat Cina dan juga Siam yang tinggal di seluruh Dun Kota Putera dan dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan, yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP) ke sini, petang tadi.
Setelah terhalang untuk mengadakan sambutan ini pada tahun lepas, akhirnya pada tahun ini Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Kota Putera serta IMITS Kota Putera dengan kerjasama JPKK Dun Kota Putera, Pemuda, Ameerah dan Muslimat PAS Dun Kota Putera telah berjaya merealisasikan satu majlis santai bersama masyarakat bukan Islam di Dun ini.
Semoga masyarakat berbilang bangsa dan agama di Dun Kota Putera hidup makmur dan sejahtera bersama.
Kami di PKM Kota Putera menyantuni setiap lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan status, kaum atau parti politik.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis hari ini.
Turut bersama Ketua DHPP Besut, saudara Ah Hong.

