Petang semalam Dr. Balachandran bersama Encik Ah Boon, pengurus Rumah Mayat Persatuan Kwang Tung di Kampung Cina, memantau penambahbaikan Rumah Mayat tersebut.
Persatuan ini mendapat sumbangan dari Kementerian Perpaduan Negara untuk memperbaiki Rumah Mayat tersebut setelah dipohon oleh Persatuan tersebut dan diselaraskan oleh Dr. Balachandran.
Ia disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga & Wanita dan Perpaduan Nasional, YB Tn Hj Hanafiah Mat.
KPN telah meluluskannya.
Terima kasih YB Haji Hanafiah Mat.
Turut sama Ketua Pemuda DHPP Terengganu, Saudara Alex Chan merangkap Pegawai (Hal Ehwal Bukan Islam) dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu.
