Mengunjung Ketua Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tuan Hj. Zakaria Salleh, membincang serta meneliti aduan-aduan yang diterima dari penjaja dan peniaga di sekitar Kampung Tiong/Kampung Cina untuk tindakan bersama.
Turut Bersama adalah Encik Alex Chan, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Kuala Terengganu merangkap Pegawai Hal Ehwal Bukan Islam Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Hasil perbincangan amat memuaskan dan beberapa perkara dapat diputuskan untuk kepentingan bersama.