Kelmarin di Taman Sri Muda, Shah Alam bersama Ketua dan AJK DHPP Kota Raja dari petang hingga ke malam.
DHPP Terengganu bekerjasama dengan DHPP Kota Raja untuk membantu mangsa banjir dengan sumbangan barang runcit, perkakas dapur dan pakaian.
Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini akan meringankan bebanan mangsa banjir.





